Tuesday, October 17, 2017

Second Highlight : Nami Island

Assalamualaikum.

I think I must should continue about last day family vacation in Korea. Our last destination place was on 13th December 2016. We went to Nami Island! *terbayang lagu winter sonata lol* Rasa macam dah terlambat je nak share pasal ni. Dah nak dekat setahun dah pun. Dan aku pun macam ingat2 lupa je. But I'll try to explain this. Insya-Allah.😂

So, pagi tu macam biasa pergi breakfast kat pantry bawah sementara menanti our beautiful tour guides. Then pagi tu macam biasa my aunties cooked their nasi impit and took out the serunding. Aku pergi keluarkan stok meggi yang dah siap2 beli kat Malaysia. Tapi masa cuti ni, memang bedal betul makan je apa2. Pagi2 dah meggi. K.

Abang Ijad and Kak Nidar's family datang ke guesthouse kitaorang dari hotel mereka duduk. Tak adalah jauh mana pun. Jalan beberapa minit dah sampai. selang 2 jalan kecik je. 


Lepas our tour guides dah sampai tu, then we took Metro to go to Yongsan Station. Kalau dah tengok cerita Train To Busan, mesti familiar dengan tempat Metro ni. :)


Around 30 minutes gitu kalau tak silap, sampai ke Yongsan Station. Yongsan Station ni tempat zombi2 berlari-larian. LOL. Ni pun antara location diaorang shooting Train To Busan. Yang part diaorang berkejar-kejaran dengan zombi tu, kat sinilah.



Kalau dari Yongsan Station ni nak pergi Busan pun boleh. Tapi kitaorang tak pergi ke Busan sebab nak pergi ke Nami Island? Kenapa Nami Island? Sebab dah memang dalam package nya Nami Island dan tak mintak Busan. LOL. Walaupun akak aku kata Busan tu lagi banyak tempat menarik.



From Yongsan Station, we bought tickets to take ITX-Cheongchun train to Gapyeong Station. Around 60 minutes. 60 minutes tu rasanya sempat je nak tidur. Tapi tak akan nak tidur kot dah sampai negara orang. So, aku just tengok kat luar tingkap apa yang ada.


Kat dalam ITX ni pun akan ada orang bawak trolley jual makanan, air, jajan and banana uyuu. Pekerjanya ni akan pergi dari satu gerabak ke gerabak lain.



And finally, sampai ke Gapyeong Station. Sampai kat Gapyeong Station tu, nanti akan ada orang yang tawarkan diri nak jadi tour guides. Katanya dia buat sukarela. Tapi mohon jangan ambil. Tak memasal kau dah ambil dia jadi tour guides kat Nami Island ni, nanti kena cas mahal. Just believe your tour guides K. lol.



Masa sampai kat Gapyeong Station tu, ada lah cebisan2 salji turun yang hari semalam punya. Tapi sikit je. Tak banyak pun.


From Gapyeong Station tu, kitaorang ambil Gapyeong Tour bus (shuttle bus) nak pergi ke Gapyeong Wharf a.k.a Immigration Nami Island. Setiap jam akan ada dari Gapyeong Station tu nak pergi ke tempat Gapyeong Wharf


Terlampau mahal nak naik zipline pergi ke Nami Island 😭
 Nak pergi ke Nami Island ni, kena naik ferry or you can ride zipline Aku baru nak guna zipline, tapi mengenangkan harganya yang agak membuatkan kau mengucap panjang, emmmmm. Tak apalah. Walaupun teringin nak guna.




Naik ferry dari Gapyeong Wharf ke Nami Island ni, just take around 5 minutes. Kalau guna zipline tu dalam 2 minit. Tapi aku bersyukur tak naik zipline tu, sejuk weh! Masa ni dah 2°C. Kalau guna zipline, terus jadi suhu negatif. lol. 


Can you see that? It's Nami Island there. Just a small island.



Masa pergi Nami Island tu, macam ada construction diaorang betulkan jalan. Dan jalan kat pintu masuk tu macam sempit sikit.



Sampai je kat Nami Island ni, kolam dia banyak dah beku dan dah jadi ais.





For your information, kedai kuning ni je satu-satunya restoran yang halal dekat Nami Island ni. Restoran ni nampak je kecik tau. Tapi dalamnya luas. Ada tempat solat, mini library and tempat permainan untuk kanak-kanak. Restoran ni kira macam mesra muslim tourists I guess.





Banyak kedaijual souvenir kat Nami Islan ni. So, kalau dah sampai sini, belilah sikit hadiah kenang-kenangan untuk family korang yang kat Malaysia tu. Beli keychain ke, magnet ke atau apa-apa yang patut yang boleh bagi tanda korang dah pernah sampai Nami Island ni. Lol.





Pada aku lah, Nami Island ni tempatnya best memang best. Tapi aktivitinya satu je; ambil gambar. Kalau kauorang expect nak banyak tempat permainan kat sini, bukan ni tempatnya. Tapi kalau kauorang merupakan seorang photographer professional dan berjaya (lol), bolehlah pergi sini dan ambil gambar puas2.

Our tour guides katalah, Nami Island ni lawa kalau waktu musim bunga sebab masa tu banyak bunga dan tak kering, so mesti lawa. Dan kitaorang pergi waktu winter, ranting je ada. *sigh*



Or maybe kauorang peminat tegar winter sonata, bolehlah pergi sini. Banyak macam maklumat pasal cerita winter sonata kat sini. Patung pelakon2 tu pun ada gak dia pasang kat sini.



Banyak daun-daun kering, so pekerjanya rajin pergi ambil daun-daun tu dan eja negara-negara Asia. Ada Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia and etc. So, of course I just took a picture of Malaysia only. :)


Kitaorang bertolak balik ke hostel around 6pm. Then pergi dinner. Balik hostel cepat sebab esoknya dah flight balik Malaysia. Yang paling sadis lah, sepanjang kat Korea tak ada pun turun salji pun. Kat airport tu, tour guide kata dah turun salji. Kat airport tak nampak K. Esoknya, Abang Ijad & Kak Nidar share gambar salji turun kat Korea. (diaorang datang Korea lambat, so balik Malaysia pun lambat sikitlah).

And finally, done story about my family vacation to Korea! 

Thank you for reading this entry! 

Saturday, August 5, 2017

My New Life

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog since gelar pelajar semula ni. Ehem! Hehehe. Yeah! Alhamdulillah I've registered as a student. Baru habis interim ni! Tu yang ada masa nak update blog jap.

Lepas keluar result UPU bulan 5 hari tu, seminggu lepas tu, terus daftar. Gila tak terkejut cepat sangat daftarnya. Sebab selalunya upu bulan 9 baru masuk kan? Kenapa daftar awal? Sebab mulai tahun ni, ada sesi interim untuk student part one. Seminggu ada orentasi, then kami student part 1 kena belajar 3 subjects basic; CTU, ELC, UED. Dalam 7 weeks gitu. After that ada exam untuk ELC & UED.

Macam mana perasaan nak masuk belajar semula tu? Excited, seram, takut! Semua perasaan ada. Excited sebab nak masuk belajar dah. Seram & takut pasal well, 5 tahun sekolah perempuan dan masuk universiti, ada student laki. Mesti rasa macam, something sikit. 

Masa ni awkward lagi.
 Masa first day class, seriously, awkward! Sangat! Nak ingat muka & nama diaorang pun susah betul. 30 orang dalam kelas, rasa ramai gila! Macam mana aku nak ingat nama diaorang ni? Lagi-lagi yang lelaki tu. Pernah lah time jumpa kat cafe tu, mukanya macam kenal, macam classmate, tapi tak berani nak tegur sebab takut salah orang. LOL.

Tapi seminggu or 2 minggu lepas tu dah tak awkward sangat. Well, group assignments banyak membantu nak elakkan daripada awkward tu. LOL.

A little bit of awkward (maybe)
For your information, majority classmates aku dari Kuala Lumpur & Selangor; Bangi, Kajang. Ada juga dari Negeri Sembilan & Johor. Tapi macam minor. 😤 Tu yang kadang-kadang, kalau guna slang Johor dengan mereka ni, kuat betul menganjingnya. Mentang2 ramai puak selangor. LOL.



Yang lagi macam mengejutkan juga, kelas aku ada 3 orang pasangan kembar! 😂 Ada 2 pasangan perempuan-perempuan and 1 pasangan laki-laki. Tapi 2 pasangan je yang sama tempat belajar. Lagi seorang yang pasangan kembar tu, kembar dia dekat Pasir Gudang and mukanya lain.


Well, my classmates especially the boys are gamer. Ada juga yang terror computer and photographer. So kalau nak ambik gambar tu, tanya photographer cantik tak tempatnya. LOL.




The best part I think, aku-buat-kerja-gila-apa-tah ajak diaorang main handball lepas habis exam ELC. Aku ingatkan diaorang tak nak join tau. Yalahkan, baru lepas exam mesti diaorang nak rehat petang tu. Tak sangka dapat sambutan. *hugh*

Why main handball? Because one of my classmates; Mumu budak handball and dia yang pegang bola. Kitaorang apa lagi, main jelah kan.

Tapi yang macam kurang bestnya ni, ingatkan nak main la dengan aman dan bersama-sama luangkan masa *ececececehhh* tapi, masa tu ada latihan handball for Karisma. Ada 2 court; kitaorang main sebelahnya. Then adalah senior macam menyebok nak ajak main sama. Masalahnya kitaorang just nak main gitu2 je. And diaorang dah lah terror. Bandingkan dengan kami yang main cikai2 ni. *sad*




Disebabkan 2 orang ni tak dapat main masa tu 😂, so esok paginya main lagi. Kalau difikirkan balik, memang penat, tapi mengenangkan 2 orang ni tak dapat main, so, meh ler kita bermain semula. *hahahahahaha*



So cadangnya nak pukul 7.30am-8am dah sampai kat court. Well, janji melayu. Faham-faham jelah. 😅 dalam 8 lebih jugak ramai yang baru sampai. *sigh*

Tak ramai yang join masa ni pasal mengenangkan pepagi buta diaorang nak main, kau rasa? Ramai yang sambung tidur. Diaorang siap call yang tak datang tu suruh turun court. Jadi cheerleaders pun tak apa. LOL. Tapi give a big clap to Fadhil, demam2 pun turun gak. *HAHAHAHA*



Pukul 9+am tu, matahari dah start nak naik & mulalah kesilauannya. Memang panas dan sakit gila mata aku. Tu yang dalam gambar, ramai yang matanya tu, kecik-besar-kecik-besar je menahaan kesilauan. Masuk bilik, berbelang je mukanya! LOL!



And this is our last day interim. Lepas habis exam CTU. Tapi ada yang tak ada dalam gambar sebab demam and parents dah sampai. Walaupun baru kenal, dah agak gila-gila berkawan dengan mereka ini.

"Aku sayang korang. Ehek."

Thank you for reading this entry!