Wednesday, January 25, 2017

Seoul, Korea - First Day

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 29 November 2016 I just finished my school day! Oh yeah! Bahagia betul sebab dah habis SPM dan habis sekolah. Rasa macam, like seriously, aku dah habis sekolah?! Kejutkan daku dari mimpi yang lena ini. Hahahahaha. So after 10 days I finished my school day, my parents brought my sister & I went to Seoul, Korea! *lagu K-Pop kedengaran kat minda hahaha* (tapi my 1st & 2nd bro(s) tak pergi sebab ada class & kerja)

My mom, aunties & uncles dah gerak naik kereta bergerak. Kitaroang kena jalan kaki 😔

Flight 9 Dec 2016 pukul 1 pagi. Tapi lewat dalam setengah jam baru gerak. Aku tak tahu kenapa 😴. 6 jam jugalah kena bertahan dalam flight dengan kerusi tegak je. Tidur pun dah senget benget. Nasib baik duduk sebelah family sendiri, tak adalah nak malu sangat kalau air liur meleleh masa tidur. Hahahaha. Tapi seriously kalau travel mana2, (untuk diri akulah) peluang nak tidur lena seperti kat rumah tu, jarang dapat lagi2 kalau first day. Kalau korang dapat tidur lena masa travel, memang huntonglah.


(ihsan gambar Google) Tak sempat nak ambil gambar kat airport. Hehehe.

Kami tiba kat Incheon Airport dalam pukul 8.30 pagi waktu Korea (Korea awal 1 jam dari Malaysia). Keluar flight nak bergerak ke tempat immigration tu aku dah rasa menggigil kesejukan. Kat tengah jalan pintu kapal terbang keluarkan baju sejuk (bila fikir balik malunya buat kat tengah dunia hahaha). Masa tu suhu dalam 4°C kalau tak silap. Well, memanglah jakun sebab Malaysia tak pernah pun bawah 22°C kot. Masa pergi Indonesia dulu pun yang paling sejuk kat Tangkuban Perahu & Kawah Putih, tu pun pasal kat bukit. Macam sejuk dekat Cameron Highland. Sejuk macam ni memang aku dengan akak jakun sikit lah (banyak sebenarnya)

Then, gerak ke immigration & ambil luggage. My sister switch on her phone to contact our tour guide there. Nak bagi tahulahkan kitaorang dah sampai. Guna Whatsapp je sebab tak beli simcard sana lagi.




Our tour guide for the first day, Saeed
Dah jumpa tour guide kitaorang, Saeed. He's a student at Sungkyunkwan University. Studied in engineering-apa-tah. Memang cakap dengan akak aku guna bahasa engine jelah. Aku tak faham mende diaorang cakap. 😪

Dah jumpa, kitaorang terus gerak ke Shinchon naik bas. Memang kat Korea guna public transportation je. Nak sewa kereta atau van pun fikir dua tiga kali sebab mahal. Tapi bagus jugalah sebab memang asyik jalan je. Menyihatkan badan. Hahaha.



Dah letak barang & rest sekejap kat hostel, gerak ke Itaewon! Masa kitaorang pergi tu hari Jumaat, so kena gerak ke Masjid sebab lelaki nak solat Jumaat kan? Terus gerak ke Seoul Central Mosque, Itaewon.



Yang tak bestnya Korea banyak tempat berbukit! Masjid pun kat bukit. Penat sikitlahkan tapi tak berpeluh. Winter kan. Kalau Itaewon ni, kira macam muslim street lah pada aku. Sebab banyak kedai halal kat area situ. (tapi banyak juga pub kat situ sebenarnya)

Benda wajib kena buat, ambil gambar bukti dah pergi. Hahahaha.


Dah solat kat situ, pergi makanlah. Ingatkan first day dapatlah rasa makan makanan Korea macam Jajangmyeon ke, kimchi ke, bulgogi ke. tapi makan kat kedai Pakistan. Huhuhu. Tapi alhamdulillah sedaplah. (dah lapar tu pasal sedap hahaha)


 Lepas dalam 3 jam kat Itaewon, then we moved to Namsan Tower! One of the attraction in Seoul.Sampai je terbayang cerita The Legend of The Blue Sea & Boys Over Flowers. Hahahaha.



Kena mendaki sikit nak menuju ke Namsan Tower ni. Bertabahlah hati. Dengan sejuknya. Hahaha.



Depan pintu nak masuk Namsan Tower.



Naik lift pergi dekat kira macam kawasan lobbylah. Pemandanganya serious, subhanallah! Lawa! Dengan berkabusnya tapi lawa. It's so difficult to describe




Banyak betul Exo & Kpop2 yang lain tertulis. hahaha.
Ingatkan bolehlah masuk dalam Namsan Tower & gerak naik tempat paling atas, tapi kitaorang just stay kat luar sebab masa tu pergi pun dah petang. Masa winter siang lagi pendek, so maghrib dalam pukul 5 lebih. Masa tu pun dah nak gelap.

Aku terbayang part Goo Jun Pyo kesejukan tunggu Geum Jan Di. Hahahaha.

Sesiapa minat Running Man, mesti tahu episode bila diaorang buat kat sini? hahaha.


My parents just so sweet. Hehehe.




Dah nak maghrib, suhu makin sejuk. -2°C atau -3°C.
Dah ambil bas, on the way nak balik ke Shinchon. Singgah makan Alchon! My first Korean food. Hahaha. Ada 3 stage kepedasan alchon ni sebenarnya. No spicy, middle spicy & highest spicy. Tapi ambil yang middle je pun dah pedas. My uncle suka pedas, Dia ambil yang paling pedas. Tapi relax je aku tengok dia makan. Aku makan yang middle je pun telinga rasa berangin semacam. 😓



This is alchon.
Sampai hostel, aku terus lepak. Memang penat gila. Tidur berapa jam je dalam flight. Bangun-tidur-bangun-tidur. (tapi balik tu sempat lagi keluar pergi area Shinchon dengan ayah hahaha) Terkejar-kejar. But, alhamdulillah, it was fun. Insya-Allah, next time sambung untuk second day.

Thank you for reading this entry! 😊

No comments:

Post a Comment

Be a good person, please..