Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Tuesday, October 17, 2017

Second Highlight : Nami Island

Assalamualaikum.

I think I must should continue about last day family vacation in Korea. Our last destination place was on 13th December 2016. We went to Nami Island! *terbayang lagu winter sonata lol* Rasa macam dah terlambat je nak share pasal ni. Dah nak dekat setahun dah pun. Dan aku pun macam ingat2 lupa je. But I'll try to explain this. Insya-Allah.πŸ˜‚

So, pagi tu macam biasa pergi breakfast kat pantry bawah sementara menanti our beautiful tour guides. Then pagi tu macam biasa my aunties cooked their nasi impit and took out the serunding. Aku pergi keluarkan stok meggi yang dah siap2 beli kat Malaysia. Tapi masa cuti ni, memang bedal betul makan je apa2. Pagi2 dah meggi. K.

Abang Ijad and Kak Nidar's family datang ke guesthouse kitaorang dari hotel mereka duduk. Tak adalah jauh mana pun. Jalan beberapa minit dah sampai. selang 2 jalan kecik je. 


Lepas our tour guides dah sampai tu, then we took Metro to go to Yongsan Station. Kalau dah tengok cerita Train To Busan, mesti familiar dengan tempat Metro ni. :)


Around 30 minutes gitu kalau tak silap, sampai ke Yongsan Station. Yongsan Station ni tempat zombi2 berlari-larian. LOL. Ni pun antara location diaorang shooting Train To Busan. Yang part diaorang berkejar-kejaran dengan zombi tu, kat sinilah.



Kalau dari Yongsan Station ni nak pergi Busan pun boleh. Tapi kitaorang tak pergi ke Busan sebab nak pergi ke Nami Island? Kenapa Nami Island? Sebab dah memang dalam package nya Nami Island dan tak mintak Busan. LOL. Walaupun akak aku kata Busan tu lagi banyak tempat menarik.



From Yongsan Station, we bought tickets to take ITX-Cheongchun train to Gapyeong Station. Around 60 minutes. 60 minutes tu rasanya sempat je nak tidur. Tapi tak akan nak tidur kot dah sampai negara orang. So, aku just tengok kat luar tingkap apa yang ada.


Kat dalam ITX ni pun akan ada orang bawak trolley jual makanan, air, jajan and banana uyuu. Pekerjanya ni akan pergi dari satu gerabak ke gerabak lain.



And finally, sampai ke Gapyeong Station. Sampai kat Gapyeong Station tu, nanti akan ada orang yang tawarkan diri nak jadi tour guides. Katanya dia buat sukarela. Tapi mohon jangan ambil. Tak memasal kau dah ambil dia jadi tour guides kat Nami Island ni, nanti kena cas mahal. Just believe your tour guides K. lol.



Masa sampai kat Gapyeong Station tu, ada lah cebisan2 salji turun yang hari semalam punya. Tapi sikit je. Tak banyak pun.


From Gapyeong Station tu, kitaorang ambil Gapyeong Tour bus (shuttle bus) nak pergi ke Gapyeong Wharf a.k.a Immigration Nami Island. Setiap jam akan ada dari Gapyeong Station tu nak pergi ke tempat Gapyeong Wharf


Terlampau mahal nak naik zipline pergi ke Nami Island 😭
 Nak pergi ke Nami Island ni, kena naik ferry or you can ride zipline Aku baru nak guna zipline, tapi mengenangkan harganya yang agak membuatkan kau mengucap panjang, emmmmm. Tak apalah. Walaupun teringin nak guna.




Naik ferry dari Gapyeong Wharf ke Nami Island ni, just take around 5 minutes. Kalau guna zipline tu dalam 2 minit. Tapi aku bersyukur tak naik zipline tu, sejuk weh! Masa ni dah 2°C. Kalau guna zipline, terus jadi suhu negatif. lol. 


Can you see that? It's Nami Island there. Just a small island.



Masa pergi Nami Island tu, macam ada construction diaorang betulkan jalan. Dan jalan kat pintu masuk tu macam sempit sikit.



Sampai je kat Nami Island ni, kolam dia banyak dah beku dan dah jadi ais.





For your information, kedai kuning ni je satu-satunya restoran yang halal dekat Nami Island ni. Restoran ni nampak je kecik tau. Tapi dalamnya luas. Ada tempat solat, mini library and tempat permainan untuk kanak-kanak. Restoran ni kira macam mesra muslim tourists I guess.





Banyak kedaijual souvenir kat Nami Islan ni. So, kalau dah sampai sini, belilah sikit hadiah kenang-kenangan untuk family korang yang kat Malaysia tu. Beli keychain ke, magnet ke atau apa-apa yang patut yang boleh bagi tanda korang dah pernah sampai Nami Island ni. Lol.





Pada aku lah, Nami Island ni tempatnya best memang best. Tapi aktivitinya satu je; ambil gambar. Kalau kauorang expect nak banyak tempat permainan kat sini, bukan ni tempatnya. Tapi kalau kauorang merupakan seorang photographer professional dan berjaya (lol), bolehlah pergi sini dan ambil gambar puas2.

Our tour guides katalah, Nami Island ni lawa kalau waktu musim bunga sebab masa tu banyak bunga dan tak kering, so mesti lawa. Dan kitaorang pergi waktu winter, ranting je ada. *sigh*



Or maybe kauorang peminat tegar winter sonata, bolehlah pergi sini. Banyak macam maklumat pasal cerita winter sonata kat sini. Patung pelakon2 tu pun ada gak dia pasang kat sini.



Banyak daun-daun kering, so pekerjanya rajin pergi ambil daun-daun tu dan eja negara-negara Asia. Ada Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia and etc. So, of course I just took a picture of Malaysia only. :)


Kitaorang bertolak balik ke hostel around 6pm. Then pergi dinner. Balik hostel cepat sebab esoknya dah flight balik Malaysia. Yang paling sadis lah, sepanjang kat Korea tak ada pun turun salji pun. Kat airport tu, tour guide kata dah turun salji. Kat airport tak nampak K. Esoknya, Abang Ijad & Kak Nidar share gambar salji turun kat Korea. (diaorang datang Korea lambat, so balik Malaysia pun lambat sikitlah).

And finally, done story about my family vacation to Korea! 

Thank you for reading this entry! 

Saturday, April 15, 2017

Highlight : Everland Theme Park

Assalamualaikum.

Hari ke-4 (12 Dec 2016) di South Korea, ada ahli keluarga baru yang tiba dari Qatar! Kak Nidar's family and Abang Ijad. Kak Nidar sampai Korea lambat pasal tarikh kitaorang nak fly ke Seoul tu (9 Dec 2016), diaorang beli tiket nak balik Malaysia esoknya (10 Dec 2016). Tu yang pergi lambat. Abang Ijad pun pergilah saing dengan Kak Nidar pada hari yang sama. Malam 11 Dec tu, kitaorang jumpa depan kedai makan hostel yang kitaorang duduk. Nayeef (owner Pakej Murah Korea) ambil diaorang kat airport petang tu. Then bawa diaorang pergi Shinchon. Sepatutnya petang dah sampai, tapi delay. Kesian.


So, pagi tu kitaorang dah siap-siap & pergi makan kat bawah, Kak Nidar ngan Abang Ijad pun sampai bersama-sama dengan our tourist-yang-aku-tak-ingat-nama-dia. Dia student yang baru beberapa bulan sampai kat Korea. Lahir tahun 1997. Jadinya, aku tak panggil dia akak sebab umur dah dekat2 je. Hahaha, πŸ˜– (tu yang sampai tak ingat nama dia agaknya -_-)


Disebabkan rombongan kitaorang untuk hari ke-4 ni agak ramai, jadinya Nayeef hantar 2 tour guides untuk trip kami. Takut2 ada yang tertinggal kat dalam train macam waktu tragedi hari ke-2. Hahahaha.

Tapi tour guide, Kak Naylie tak sampai lagi, jadinya kitaorang pergi round kat kawasan Ewha Woman's University. Masa first time aku dengar namanya ni, aku sebut e-uuu-haa woman's university. Tapi pronounce yang sebetulnya, eh-wa woman's university. I wonder, how can 'EW-HA' jadi 'eh-wa'? Nampak tak tu bukan orang yang reti bahasa Hangul sangat. Hahahaha.

 For your information, Ewha Woman's University is one of the top 5 university in Seoul or maybe in South Korea too. Selalunya universiti kat Korea ni memang dia jadikan sebagai tempat yang terbuka untuk awam. Selalunya kalau kat Malaysia, yang boleh masuk ke kawasan universiti yang ada stiker uni. je. Kalau yang terbuka untuk awam kat Malaysia pun yang aku tahu setakat ni lah, UTHM.

Ewha Woman's University is also one of the attractions that you must visit in South Korea. Gambar atas ni yang kitaorang ambil pun, kawasan yang memang perlu diambil gambar. Hahahaha. Katanyalah. Sebab laluannya tu kira memang antara kawasan terbesar berjalan kaki di universities Korea.

Setelah beberapa minit berada kat Ewha Woman's University, kitaorang pun bergerak ke subway dan jumpa Kak Naylie. Then terus naik subway lagi nak pergi our next destination.

Gangnam Street. 



Our next destionation after Ewha Woman's University, it was...

Everland Theme Park!

Actually, Everland Theme Park was not in our itinerary. Sepatutnya hari ke-4 ni pergi ke Ski Resort. Pergi main ski. Tapi disebabkan dalam rombongan kitaorang ni ada warga tua dan kanak-kanak yang perlu dijaga, so we decided to go to Everland Theme Park. Even, I really want to play ski. 😭


Ziyad menangis!

Baru lepas kena pujuk.



It was not really bad to go to Everland Theme Park. At first I thought theme park just for kids. Actually, I was wrong. Banyak betul permainan yang best kat sana! Seriously!

Satu perkara penting yang kena tahu masa pergi Everland Theme Park ni. Kat situ NO HALAL FOOD. Seriously. Kitaorang masa tu makan Burger Shrimp je. My mom & my aunties brought their serunding & nasi impit. Sebab memang selalunya pun diaorang bawak. Hahahaha.

Everland's browser.

Everland Theme Park ni, bila dah masuk je main gate Everland tu, nanti ada sediakan macam browser attraction places in Everland. Ada 4 bahasa yang dia sediakan kat situ. English, Chinese, Korea and lagi satu aku tak ingat apa. Ambil jelah bahasa mana yang kau nak. Tapi kalau tak tahu bahasa Cina atau Korea, jangan nak bajet ambil. Sengsara kau nak faham apa dia kata. Hahahaha. Ambil yang English punya. Diaorang guna bahasa yang mudah je. Don't worry.

By the way, kat Everland ni pun ada sediakan surau untuk muslim tourists. Tapi kecil je. Tak besar mana pun. Diaorang campurkan laki dengan perempuan. Tapi masa pergi tu, ada juga Malaysian lain dengan family diaorang. So kitaorang yang perempuan ni solat dulu barulah lelaki. Nak bukak 'baju selimut tebal' waktu tu masa nak ambil wuduk, punyalah menggigil. Ada heater pun rasa macam tak ada. πŸ˜•

Lepas selesai solat & makan, kitaorang pun berpecah pergi ke haluan masing-masing. Hahaha. My parents with my aunties & uncles, Kak Nidar's family & Abang Ijad and my sister and I. So, perkara pertama yang aku dan akak pergi, of course main permainan kat sana. πŸ˜‰
Nampak tak permainan kat belakang tu? Itulah T-express. It is one of the steepest wooden roller coaster in the world. Seriously, aku naik rasa nak pecah jantung aku! Dah lah seumur hidup tak pernah naik langsung roller coaster. Dah lah first time main roller coaster, sekali dapat yang one of the steepest roller coaster. Kira-kira dalam 5 minit jugalah nak habis satu pusingan penuh T-express ni.

Tapi, permainan ni tak disarankan untuk kanak-kanak dan warga tua. Sebab bila kau naik benda alah ni, bila dan sampai kat puncaknya tu, memang akan rasa high pressure betul kat dada & muka. So, it is not really suitable for them.

Lepas tu aku dengan akak pun naiklah Rolling X-Train. Seriously, best tu best lah juga. Tapi tak berapa nak seram sangat & curam. Rendah je Rolling X-Train & sekejap. Jadinya aku rasa macam tak sempat jerit macam naik T-Express. Hahahaha.

Don't judge a book by it's cover. Serious talk.
Nampak permainan Hurricane ni macam biasa je, sekali naik, hambik kau. Hanya mampu ketawa di luar tetapi menangis di dalam. Lama weh! Cerun jugak. Lepas tu yang pekerja kat situ pun bebel abende tah dalam bahasa Korea dengan orang Korea yang lain kat situ. Aku dengan akak tak faham dan hanya mampu menjerit je. Hahahaha.


Lepas dah naik Hurricane, kitaorang pun pergilah naik Rock Spin. It is a thrilling ride with 360ΰΌ rotations, a corkscrew course and a boomerang course! Kalau nak naik ni, make sure barang-barang kau dah diletakkan di tempat yang selamat. Kalau tak, memang naya semua barang jatuh. Duit syiling kat poket aku pun dah hilang ke mana. Hahaha.




Ingatkan nak naiklah Columbus Adventure & Let's Twist, tapi tutup pulak masa tu. Bila tanya dengan pekerja kat situ, diaorang tak cakap pun tutup ke bukak. Mulut tu membebel je dalam bahasa Korea dia dengan pelanggan yang lain. Geram betul. Cakap close je tak boleh ke? 😴


Lepas dah habis main tu, kitaorang masuk ke muzium Korea. Seriously, mengantuk. Hahahaha. Sekejap je masuk, lepas tu keluar balik. Then masuk ke Pride In Korea. Best lah jugak walaupun pekerja kat situ macam tak layan sangat kitaorang sebab tahu tourists. Nampak tak betapa memilihnya mereka sebab takut nak cakap English. Fikir kitaorang reti sangat cakap? Cakap pun asal kauorang faham je kira settle.



Dah lepak lama-lama kat Pride In Korea tu, my dad dah call sebab dah time. On the way nak menuju ke main gate tu, ada pulak perarakan Christmas. Seriously, happy-go-lucky betul lagunya. Dah lah dengan baju berlip-lapnya. Aku terfikir gak, tak kena kejutan elektrik ke? Hahahaha.

Lepas dah pergi Everland tu, terus pergi makan apa semua then balik hostel. Memang lepak betul masa tu. Seharian berjalan. πŸ’€

Thank you for reading this entry!