Showing posts with label Seoul South Korea. Show all posts
Showing posts with label Seoul South Korea. Show all posts

Saturday, March 25, 2017

South Korea - Third Day

Assalamualaikum

Continue for the 3rd day (11 Dec 2017). Hari ketiga, kitaorang pergi ke Gyeongbokgung Palace. Banyak korean dramas yang macam historical story tu buat kat sini sebab kawasannya kat bandar Seoul juga.



Depan pintu besar istana ni, kira besar juga jalan dia. nak pergi ke seberang tu, jauhnya mak ai. banyak traffic light dia letak. Seram gak nak melintas.


Istana Gyeongbokgung ni dibina pada 1395. Gyeongbokgung Palace is the largest of the five grand places built in the Joseon dynasty. Tapi memang besar kot kawasannya. Luas. Satu bangunan ke bangunan yang lain tu, jauhnya. Subhanallah. Larat betul raja dia nak berjalan jauh. 😑



Kat main gate Gyeongbokgung Palace tu, ada guard dalam 3,4 orang kat luar tu. Saeed kata, guards yang kat pintu masuk ni merupakan soldier army yang orang lelaki Korean wajib pergi.  Diaorang bergilir-gilir ganti jadi guard. Tapi, waktu winter tu, tahan pulakkan nak diri kat luar. Berapa banyak hot pack agaknya diaorang pakai.




Geunjeongjeon Hall
 Geunjeongjeon also known as Geunjeongjeon Hall, is the throne hall where the king formally granted audiences to his officials, gave declarations of national importance, and greeted foreign envoys and ambassadors during the Joseon dynastyThe building was designated as Korea's National Treasure No. 223 on January 8, 1985.

My friends told me, this is one of the places in Scarlet Heart.


One of my favorite photo. I took this picture!

 Gyeongbokgung Palace ni banyak scenery yang lawa korang balik ambil. Masa pergi hari tu banyak universiti yang dah graduation. So, ramai students ambil gambar graduation kat situ with their photographer, friends & families.

Aku ambil gambar akak aku lawa tahu! Tapi dia ambil gambar aku, gegar! 


 Bangunan kat tasik tu namanya Gyeongharu Pavilion, tempat kerajaan Dinasti Josoen meeting. Tasiknya ni seluas 128m X 113m.  Besar gila.


Ingatkan bolehlah pakai hanbok sebab percuma dan bila lagi boleh pakaikan. Tapi ramai sangat. Nak tunggu pakai hanbok tu kena ikut giliran. So, ambil gambar dengan Korean yang pakai hanbok jelah.



Dalam 2 jam setengah pergi Gyeongbokgung Palace tu, pergi melintas keluar, dapatlah pergi Cheonggye Plaza. Patung besar yang kitaorang ambil tu, King Sejong, the king that introduce Hangul to Korean. Macam ministry of education kat Korea waktu tu.

Beberapa hari lepas aku balik Malaysia, keluar kat Running Man episode hangul, ada orang lain yang introduce Hangul sebelum King Sejong ni and aku tak ingat nama dia. Orang A (aku panggil) kira macam dia introduce Hangul pasal masa tu Jepun ajar bahasa Jepun kat Korea and masa tu pendidikan kat Korea agak kurang. Kalau tak silap orang Jepun pada waktu tu dia pandang rendah pada bahasa Hangul. Orang A ni macam tak puas hati dan dia cuba nak memperkasakan Hangul kepada Korea. Lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku kat Orang A tu. Then, King Sejong ni yang memperkasakan lagi Hangul.


Masa kitaorang pergi tu, ada demonstrasi Korean sebab tak puas hati pasal presiden diaorang kat tengah Cheonggye Plaza ni. Ada banyak khemah kat situ. Tapi masa pergi kawasan tu, baru je president diaorang dilucutkan jadinya dah tak ramai. Diaorang meraikan masa tu.

Kat kawasan Chonggye Plaza tu pun ada museum juga. Ingatkan nak masuk. Tapi Saeed kata tak best sebab diaorang banyak guna bahasa Hangul je & English kurang, jadinya peratus nak faham apa yang diaorang nak cuba sampaikan tu agak tipis. Hahaha.


Then turun tangga sikit, kitaorang melalui Cheonggyecheon Stream. Panjang stream ni sampai bersambung ke Han River. Katanyalah. Masa kitaorang pergi tu, diaorang dah buat preparation for Christmas. Banyaklah segala jenis pokok krismas ada kat tengah bandar tu.



Antara tempat wajib yang kena pergi, of course it is Hanok Village. Banyak rumah-rumah tradisional Korea kat situ. Aku ingatkan rumah kat Hanok Village tu tak ada orang duduk. Rupanya ada. Siap ada pasang banner jangan bising.



Kitaorang pergi Hanok Village kat Bukcheon. Masa tu pun, ramai gila students ambil gambar graduation dan ada yang pakai hanbok. Kat area Hanok Village tu pun ada banyak kedai juga. Ada kedai nak sewa hanbok, kedai minyak wangi & restoran. Tapi kitaorang tak adalah nak pergi makan kat restoran dia. Cari pasal tu namanya.


Hamboi ayah hamboi! Hahahaha.
 Hanok Village ni pun memang sesuai nak dijadikan sebagai tempat ambil gambar. Seriously, lawa scenery nya. Lagi-lagi macam waktu time sunset.



Can you see Namsan Tower?

This is persimmon a.k.a Pisang Kaki. 

Lepas dah puas berjalan and masa tu dah waktu maghrib dalam pukul 5.30pm, kitaorang naik bas, pergi makan mackerel bakar kat kedai seafood. Then, on the way nak balik tu, dapat berita, rombongan lagi satu dah sampai! Huyyooo! Abang Ijad & Kak Nidar's family from Qatar! Nayeef ambil diaorang kat airport. Hotel diaorang dekat je dengan tempat kitaorang duduk.

The next day, tambah lagi rombongannya. Hehehe.

Thank you for reading this entry!

Sunday, February 26, 2017

Seoul, South Korea - Second Day

Assalamualaikum

Sambung untuk hari kedua (10 Feb 2016). Shopping time! So, pagi tu macam biasalah pergi breakfast dulu kat pantry dia. My aunties pun rebuskan instant ketupat, bawak turun serunding apa semua. (kemelayuan sangat iolls hahaha). Kitaorang makan sambil tunggu our tour guide.

Yang pakai scarf macam Ji Eun Tak tu, Kak Nisa. Student from Sunkyunkwan University majored in engineering-apa-tah. Satu course ngan Saeed.
Kak Nisa ni sangatlah comel & lembut je cakapnya. Sekali ambil engineering kau. 😮

Bila kak Nisa dah sampai je, kitaorang naik bas nak pergi shopping! We went to Namdaemun Market! Banyak sangat jual souvenirs area situ. So kalau nak beli baju bolehlah pergi kat situ. Nanti akan ada penjual yang bajet konon cakap Melayu, tapi aku rasa dia tak faham pun apa dia cakap. Hahahaha.



Namdaemun ni memang kira tempat popular tourists nak beli souvenirs Korea kat sini. So, sesiapa yang nak beli untuk family atau kawan ke, bolehlah beli kat sini. Kalau kauorang jenis yang tawar menawar tu, insya-Allah dapatlah yang murah. Hahaha. 😏

3 helai untuk 10,000 ‎₩. Ajjushi kedai nilah yang beria cakap Melayu. Hahaha.


Dalam 1 jam setengah dekat situ, kitaorang pergi ke Myengdong pula. Cari makan. Lapar weh. Seriously. Perut dah berdondang sayang. Lagipun winter, normal lah cepat lapar walaupun pagi tu dah makan maggi, telur rebus, roti & serunding.

Yang tak boleh blanya, Kak Nisa (our tour guide) terkejut sebab kami shopping sekejap sangat. Selalunya kalau dia jadi tour guide, selalu kat Namdaemun tu sampai 2, 3 jam. Kak Nisa kata jarang jumpa orang Malaysia shopping sekejap macam ni. Hahahaha. *kembang sekejap* 😁


 Nak pergi ke Myeongdong tu, kami ambil subway nak pergi ke sana. Tak adalah jauh sangat pun subwaynya. Jalan beberapa langkah sikit, turun tangga, then sampailah ke subway bawah tanah.


By the way, kalau dah shopping tu, confirm lah tangan penuh walaupun shoppingnya sekejap je. Beg dah berat, tangan kiri kanan dah penuh. Kak Nisa sewakan locker untuk kitaorang. Barulah nak sambung jalan dengan aman damainya. Hahaha.



Yang kauorang kena tahu kalau datang Korea ni, mesti rasa buah strawberry dia. Seriously, manis & gemuk2 buahnya. Puas sangat makan. Rasa manis macam strawberry kat Cameron Highland lah.


Selang beberapa station, sampai pun Myeong-dong. One of the attraction places in Korea. Area Myeong-dong ni kira macam banyak tempat souvenirs jugalah. Tapi mahal sikitlah barangnya daripada Namdaemun. Banyak tempat2 yang agak terkenal jugalah.


Eh, ionni! What're you doing? hahaha.
 Myeong-dong ni banyak tempat-tempat yang kira macam popular jugalah. Macam Forever 21 & kedai2 kosmetik of course ada. Innisfree & Nature Republic.

Akak aku bajet Forever 21. Padahal dah terlebih. 



Myeong-dong ni kena pergi waktu kerja. Jangan pergi waktu tumpuan macam hujung minggu atau waktu public holiday, sangat sesak. Sungguh. Masa kitaorang pergi tu pun, ramainya manusia. Masya-Allah. 😯





Dah lepas masuk beberapa kedai area Myeong-dong tu, time to eat lah. Kedai makannnya ni 2 tingkat. 1st floor ramai betul orang. Tak ada tempat langsung. Kalau ada pun, meja kecik yang muat untuk 3 orang je. Then we move to underground. Kedai kat Korea ni banyak bawah tanah weh aku rasa. 😛



Ada butter, kimchi, tofu, sayur & seaweed.

Kitaorang tak tahu nak makan apa, so, Kak Nisa order kan kitaorang Kimchi Fried Rice. Sedap lah juga sebab dah lapar. Hahaha. Yang bestnya kat sini, diaorang masakkan depan mata customers. Walaupun sebenarnya masak nasi goreng je pun. Hahaha.






Tengok macam sikit tau makanannya sebab dia leper2kan & lebarkan. Tapi bila dah makan, baru ambil separuh mangkung, dah kenyang. Sampai terpaksa bungkus. Banyak sangat. Aku tak tahulah sama ada kitaorang family ni jenis yang makan sikit, ataupun makanan yang dia masak ni memang banyak. 😀

Dah pergi makan tu, pergi jalan sekitar Myeong-dong. Then singgah beli topi untuk my brothers yang berada di Malaysia (tak boleh ikut sebab kerja & kelas). Kesia diaorang. Hahahaha.



Orang yang jual topi tu tanya kitaorang asal dari mana, then cakaplah Malaysia. Gaya macam tahu. Padahal. 😯 Beria mengangguk macam tahu, gaya nak suruh kitaorang beli topi dia je sebenarnya. Nasib baik cantik. Hahaha.

My mom asked her, "Are you plastic surgery?" She laughed. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Tapi seriously, lawa betul yang jual topi ni. Hahahaha.


Percayalah. Memang perut dah kenyang lepas makan Kimchi Fried Rice tu, nampak ada orang ni jual Banana Crepes, aku dengan akak pandang sesama sendiri hendak merasa. Hahaha. Seriously, sedap gila. Aku tak tipu. Yang jual tu pun handsome. Flawless gila kulit. Hahahaha. 😃


Dah jalan lama sikit tu, sampailah ke malam. Kitaorang makan ikan mackerel bakar. Segar betul ikan dia. 








Dah lepas makan tu, singgah satu shopping mall ni. Aku tak tahu apa namanya. Tapi ada 5 tingkat. Tak ambil gambar sebab sibuk sangat beli baju. Hahaha. Kat luar tu macam ada buat konsert remaja Korea. Aku tak faham macam mana diaorang boleh relax pakai baju nipis, short pants & short skirt. Seriously, sejuk sangat!


Overall, 2nd day just banyak pergi shopping & makan2. Hahaha. Walaupun aku rasa kat Korea ni banyak juga aku makan, balik timbang berat, maintain je. *bangga*. Maybe sebab banyak sangat jalan. Orang Korea ni memang selalu menggunakan pengangkutan awam. Salah satu puncanya ni jalan dia banyak yang jem. Sebab tu diaorang kurus cekeding je. 

Sambung untuk for the 3rd day, insya-Allah jika berkesempatan. (sempat je sebenarnya, tapi nak blogging ni, ikut mood dan kerajinan. Sungguh. Hahahah)

Thank you for reading this entry. 😊