Saturday, March 25, 2017

South Korea - Third Day

Assalamualaikum

Continue for the 3rd day (11 Dec 2017). Hari ketiga, kitaorang pergi ke Gyeongbokgung Palace. Banyak korean dramas yang macam historical story tu buat kat sini sebab kawasannya kat bandar Seoul juga.



Depan pintu besar istana ni, kira besar juga jalan dia. nak pergi ke seberang tu, jauhnya mak ai. banyak traffic light dia letak. Seram gak nak melintas.


Istana Gyeongbokgung ni dibina pada 1395. Gyeongbokgung Palace is the largest of the five grand places built in the Joseon dynasty. Tapi memang besar kot kawasannya. Luas. Satu bangunan ke bangunan yang lain tu, jauhnya. Subhanallah. Larat betul raja dia nak berjalan jauh. 😑



Kat main gate Gyeongbokgung Palace tu, ada guard dalam 3,4 orang kat luar tu. Saeed kata, guards yang kat pintu masuk ni merupakan soldier army yang orang lelaki Korean wajib pergi.  Diaorang bergilir-gilir ganti jadi guard. Tapi, waktu winter tu, tahan pulakkan nak diri kat luar. Berapa banyak hot pack agaknya diaorang pakai.




Geunjeongjeon Hall
 Geunjeongjeon also known as Geunjeongjeon Hall, is the throne hall where the king formally granted audiences to his officials, gave declarations of national importance, and greeted foreign envoys and ambassadors during the Joseon dynastyThe building was designated as Korea's National Treasure No. 223 on January 8, 1985.

My friends told me, this is one of the places in Scarlet Heart.


One of my favorite photo. I took this picture!

 Gyeongbokgung Palace ni banyak scenery yang lawa korang balik ambil. Masa pergi hari tu banyak universiti yang dah graduation. So, ramai students ambil gambar graduation kat situ with their photographer, friends & families.

Aku ambil gambar akak aku lawa tahu! Tapi dia ambil gambar aku, gegar! 


 Bangunan kat tasik tu namanya Gyeongharu Pavilion, tempat kerajaan Dinasti Josoen meeting. Tasiknya ni seluas 128m X 113m.  Besar gila.


Ingatkan bolehlah pakai hanbok sebab percuma dan bila lagi boleh pakaikan. Tapi ramai sangat. Nak tunggu pakai hanbok tu kena ikut giliran. So, ambil gambar dengan Korean yang pakai hanbok jelah.



Dalam 2 jam setengah pergi Gyeongbokgung Palace tu, pergi melintas keluar, dapatlah pergi Cheonggye Plaza. Patung besar yang kitaorang ambil tu, King Sejong, the king that introduce Hangul to Korean. Macam ministry of education kat Korea waktu tu.

Beberapa hari lepas aku balik Malaysia, keluar kat Running Man episode hangul, ada orang lain yang introduce Hangul sebelum King Sejong ni and aku tak ingat nama dia. Orang A (aku panggil) kira macam dia introduce Hangul pasal masa tu Jepun ajar bahasa Jepun kat Korea and masa tu pendidikan kat Korea agak kurang. Kalau tak silap orang Jepun pada waktu tu dia pandang rendah pada bahasa Hangul. Orang A ni macam tak puas hati dan dia cuba nak memperkasakan Hangul kepada Korea. Lepas tu aku tak ingat apa yang berlaku kat Orang A tu. Then, King Sejong ni yang memperkasakan lagi Hangul.


Masa kitaorang pergi tu, ada demonstrasi Korean sebab tak puas hati pasal presiden diaorang kat tengah Cheonggye Plaza ni. Ada banyak khemah kat situ. Tapi masa pergi kawasan tu, baru je president diaorang dilucutkan jadinya dah tak ramai. Diaorang meraikan masa tu.

Kat kawasan Chonggye Plaza tu pun ada museum juga. Ingatkan nak masuk. Tapi Saeed kata tak best sebab diaorang banyak guna bahasa Hangul je & English kurang, jadinya peratus nak faham apa yang diaorang nak cuba sampaikan tu agak tipis. Hahaha.


Then turun tangga sikit, kitaorang melalui Cheonggyecheon Stream. Panjang stream ni sampai bersambung ke Han River. Katanyalah. Masa kitaorang pergi tu, diaorang dah buat preparation for Christmas. Banyaklah segala jenis pokok krismas ada kat tengah bandar tu.



Antara tempat wajib yang kena pergi, of course it is Hanok Village. Banyak rumah-rumah tradisional Korea kat situ. Aku ingatkan rumah kat Hanok Village tu tak ada orang duduk. Rupanya ada. Siap ada pasang banner jangan bising.



Kitaorang pergi Hanok Village kat Bukcheon. Masa tu pun, ramai gila students ambil gambar graduation dan ada yang pakai hanbok. Kat area Hanok Village tu pun ada banyak kedai juga. Ada kedai nak sewa hanbok, kedai minyak wangi & restoran. Tapi kitaorang tak adalah nak pergi makan kat restoran dia. Cari pasal tu namanya.


Hamboi ayah hamboi! Hahahaha.
 Hanok Village ni pun memang sesuai nak dijadikan sebagai tempat ambil gambar. Seriously, lawa scenery nya. Lagi-lagi macam waktu time sunset.



Can you see Namsan Tower?

This is persimmon a.k.a Pisang Kaki. 

Lepas dah puas berjalan and masa tu dah waktu maghrib dalam pukul 5.30pm, kitaorang naik bas, pergi makan mackerel bakar kat kedai seafood. Then, on the way nak balik tu, dapat berita, rombongan lagi satu dah sampai! Huyyooo! Abang Ijad & Kak Nidar's family from Qatar! Nayeef ambil diaorang kat airport. Hotel diaorang dekat je dengan tempat kitaorang duduk.

The next day, tambah lagi rombongannya. Hehehe.

Thank you for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Be a good person, please..