Saturday, August 5, 2017

My New Life

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog since gelar pelajar semula ni. Ehem! Hehehe. Yeah! Alhamdulillah I've registered as a student. Baru habis interim ni! Tu yang ada masa nak update blog jap.

Lepas keluar result UPU bulan 5 hari tu, seminggu lepas tu, terus daftar. Gila tak terkejut cepat sangat daftarnya. Sebab selalunya upu bulan 9 baru masuk kan? Kenapa daftar awal? Sebab mulai tahun ni, ada sesi interim untuk student part one. Seminggu ada orentasi, then kami student part 1 kena belajar 3 subjects basic; CTU, ELC, UED. Dalam 7 weeks gitu. After that ada exam untuk ELC & UED.

Macam mana perasaan nak masuk belajar semula tu? Excited, seram, takut! Semua perasaan ada. Excited sebab nak masuk belajar dah. Seram & takut pasal well, 5 tahun sekolah perempuan dan masuk universiti, ada student laki. Mesti rasa macam, something sikit. 

Masa ni awkward lagi.
 Masa first day class, seriously, awkward! Sangat! Nak ingat muka & nama diaorang pun susah betul. 30 orang dalam kelas, rasa ramai gila! Macam mana aku nak ingat nama diaorang ni? Lagi-lagi yang lelaki tu. Pernah lah time jumpa kat cafe tu, mukanya macam kenal, macam classmate, tapi tak berani nak tegur sebab takut salah orang. LOL.

Tapi seminggu or 2 minggu lepas tu dah tak awkward sangat. Well, group assignments banyak membantu nak elakkan daripada awkward tu. LOL.

A little bit of awkward (maybe)
For your information, majority classmates aku dari Kuala Lumpur & Selangor; Bangi, Kajang. Ada juga dari Negeri Sembilan & Johor. Tapi macam minor. 😤 Tu yang kadang-kadang, kalau guna slang Johor dengan mereka ni, kuat betul menganjingnya. Mentang2 ramai puak selangor. LOL.



Yang lagi macam mengejutkan juga, kelas aku ada 3 orang pasangan kembar! 😂 Ada 2 pasangan perempuan-perempuan and 1 pasangan laki-laki. Tapi 2 pasangan je yang sama tempat belajar. Lagi seorang yang pasangan kembar tu, kembar dia dekat Pasir Gudang and mukanya lain.


Well, my classmates especially the boys are gamer. Ada juga yang terror computer and photographer. So kalau nak ambik gambar tu, tanya photographer cantik tak tempatnya. LOL.




The best part I think, aku-buat-kerja-gila-apa-tah ajak diaorang main handball lepas habis exam ELC. Aku ingatkan diaorang tak nak join tau. Yalahkan, baru lepas exam mesti diaorang nak rehat petang tu. Tak sangka dapat sambutan. *hugh*

Why main handball? Because one of my classmates; Mumu budak handball and dia yang pegang bola. Kitaorang apa lagi, main jelah kan.

Tapi yang macam kurang bestnya ni, ingatkan nak main la dengan aman dan bersama-sama luangkan masa *ececececehhh* tapi, masa tu ada latihan handball for Karisma. Ada 2 court; kitaorang main sebelahnya. Then adalah senior macam menyebok nak ajak main sama. Masalahnya kitaorang just nak main gitu2 je. And diaorang dah lah terror. Bandingkan dengan kami yang main cikai2 ni. *sad*




Disebabkan 2 orang ni tak dapat main masa tu 😂, so esok paginya main lagi. Kalau difikirkan balik, memang penat, tapi mengenangkan 2 orang ni tak dapat main, so, meh ler kita bermain semula. *hahahahahaha*



So cadangnya nak pukul 7.30am-8am dah sampai kat court. Well, janji melayu. Faham-faham jelah. 😅 dalam 8 lebih jugak ramai yang baru sampai. *sigh*

Tak ramai yang join masa ni pasal mengenangkan pepagi buta diaorang nak main, kau rasa? Ramai yang sambung tidur. Diaorang siap call yang tak datang tu suruh turun court. Jadi cheerleaders pun tak apa. LOL. Tapi give a big clap to Fadhil, demam2 pun turun gak. *HAHAHAHA*



Pukul 9+am tu, matahari dah start nak naik & mulalah kesilauannya. Memang panas dan sakit gila mata aku. Tu yang dalam gambar, ramai yang matanya tu, kecik-besar-kecik-besar je menahaan kesilauan. Masuk bilik, berbelang je mukanya! LOL!



And this is our last day interim. Lepas habis exam CTU. Tapi ada yang tak ada dalam gambar sebab demam and parents dah sampai. Walaupun baru kenal, dah agak gila-gila berkawan dengan mereka ini.

"Aku sayang korang. Ehek."

Thank you for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Be a good person, please..